Serial Islamic Economics

Oleh: Shafwan Bendadeh*

1.0 Pendahuluan

Dalam meningkatkan kecemerlangan ekonomi Umat peranan lembaga Zakat sebagai pesan Agama apabila dapat ditadbir dengan sungguh–sungguh dan dikembangkan sesuai dengan syariat Islam akan merupakan sumber dana yang sangat potensi bagi kejayaan pembangunan ekonomi Umat.

Penumbuhan institusi zakat yang beramal tentulah menjadi agenda Utama yang harus dijalankan oleh pihak yang berkuasa, di semua negeri yang memiliki penduduk beragama Islam sebagai majoriti.

Konsep harta dalam Islam tidak hanya sosial yang agendanya kepada masyarakat sebagai barang keperluan tetapi juga berfungsi ekonomis dan efektif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dari penerimaan (Mustahak) menjadi pemberi Zakat (Muzakki).

Dalam konteks Zakat dapat meningkatkan kecemerlangan ekonomi Ummah, tentulah tidak terlepas dari sistem ekonomi  Islam yang di kembangkan secara Syariah berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Zakat dapat membentuk masyarakat menjadi saling menanggung, saling menjamin dan saling mengasihi antara sesama insan.

Ekonomi Islam adalah cara bagaimana mengatur kehidupan perekonomian secara Islam, dan mempunyai prinsip saling menguntungkan, sebahagian para ahli mendefinisikannya dengan: ekonomi Islam merupakan sekumpulan dasar–dasar Umum ekonomi yang di simpulkan dari al-Quran dan al-Sunnah, dan merupakan bangunan yang di dirikan di atas landasan dasar–dasar keimanan dan moral sesuai dengan keadaan lingkungan dan masa (Ahmad Muhammad al-Assal, 1980: 11).

Kemiskinan merupakan bahaya besar bagi umat manusia dan tidak sedikit umat yang jatuh peradabannya hanya kerana kefakiran. Karena itu seperti sabda Nabi yang menyatakan bahawa kefakiran itu mendekati pada kekufuran.  Islam sebagai agama telah menawarkan beberapa doktrin bagi manusia yang berlaku secara universal dengan dua ciri dimensi, iaitu kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia serta kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di akhirat.

Salah satu cara mengatasi kemiskinan adalah dukungan orang yang mampu untuk mengeluarkan harta kekayaan mereka berupa dana zakat kepada mereka yang kekurangan. Zakat merupakan salah satu dari lima nilai instrumental yang strategis dan sangat berpengaruh pada tingkah laku ekonomi manusia dan masyarakat serta pembangunan ekonomi umumnya.

Zakat adalah rukun ketiga daripada rukun Islam yang lima yang merupakan pilar agama. Dikatakan pilar kerana agama tidak dapat berdiri tanpa pilar ini. Orang yang enggan membayarnya boleh diperangi, orang yang menolak kewajipannya dianggap kafir. Zakat ini diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. Legitimasinya diperoleh lewat beberapa ayat al-Quran, yang bermaksud;

Maksudnya:

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah berserta orang-orang yang rukuk.

(Surah al-Baqarah: 43).

Menurut Patmawati (2008) zakat berbeza dengan sumber-sumber pendapatan kerajaan yang lain di mana tanggungjawab membayar zakat adalah merupakan sebahagian dari ibadah dalam kehidupan Muslim.  Allah telah menyatakan dalam al-Quran bahawa menunaikan zakat itu adalah merupakan sebahagian dari ciri-ciri seorang Muslim, yang bermaksud;

Maksudnya:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Taubah: 71).

Salah satu yang menunjang kesejahteraan hidup di dunia dan menunjang hidup di akhirat adalah adanya kesejahteraansosial-ekonomi. Ini merupakan seperangkat alternatif untuk menyejahterakan umat Islam dari kemiskinan dan kemelaratan. Untuk itu perlu dibentuk lembaga-lembaga sosial Islam sebagai upaya untuk menguruskan masalah sosial tersebut.

Sehubungan dengan hal itu, maka zakat dapat berfungsi sebagai salah satu sumber dana sosial-ekonomi bagi umat Islam. Ertinya penanganan zakat yang dikelola oleh Badan Amil Zakat tidak hanya terbatas pada kegiatan- kegiatan tertentu sahaja yang berdasarkan pada orientasi konvensional, tetapi dapat pula dimanfaatkan untuk kegiatan-kegiatan ekonomi umat, seperti dalam program pengatasan kemiskinan dan pengangguran dengan memberikan zakat produktif kepada mereka yang memerlukan sebagai modal usaha.

Tujuan utama lembaga zakat adalah untuk mengagihkan pendapatan yang mendukung masyarakat miskin dalam suatu komuniti, di mana zakat dapat berkontribusi dalam konteks makro akan meningkatkan modal manusia dan program khusus untuk miskin dan rentan. Yang terakhir dapat mencakup penyediaan program pendidikan, fasilitas kesihatan, dan pelayanan sosial yang dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat miskin.

Zakat memiliki peranan yang sangat strategis dalam upaya pengatasan kemiskinan atau pembangunan ekonomi. Berbeza dengan sumber kewangan untuk pembangunan yang lain, zakat tidak memiliki impak balik apa pun kecuali reda dan mengharap pahala dari Allah semata. Namun demikian, bukan bererti mekanisme zakat tidak ada sistem kontrolnya. Nilai strategis zakat dapat dilihat melalui: Pertama, zakat merupakan panggilan agama. Ia merupakan cerminan dari keimanan seseorang. Kedua, sumber kewangan zakat tidak akan pernah berhenti. Ertinya orang yang membayar zakat, tidak akan pernah habis dan yang telah membayar setiap tahun atau periode waktu yang lain akan terus membayar. Ketiga, zakat secara empirikal dapat menghapus kesenjangan sosial dan sebaliknya dapat menciptakan redistribusi aset dan pemberatannya pembangunan.

Yang mendorong masyarakat Islam melaksanakan pemungutan zakat ini antara lain adalah: (1) keinginan umat Islam untuk menyempurnakan pelaksanaan ajaran agamanya. Setelah mendirikan solat, berpuasa selama bulan Ramadhan dan bahkan menunaikan ibadah haji ke Makah, umat Islam semakin menyedari perlunya penunaian zakat sebagai kewajipan agama; kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap orang yang mampu melaksanakannya kerana telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan. (2) Kesedaran yang semakin meningkat di kalangan umat Islam tentang potensi zakat jika dimanfaatkan sebaik-baiknya, akan dapat memecahkan berbagai masalah sosial. (3) Usaha-usaha untuk mewujudkan pengembangan dan pentadbiran zakat makin lama makin tumbuh dan berkembang.

Zakat yang diberikan kepada mustahak akan berperan sebagai pendukung peningkatan ekonomi mereka apabila dikonsumsikan pada kegiatan produktif. Pentadbiran zakat produktif sesungguhnya mempunyai konsep perencanaan dan pelaksanaan yang cermat seperti mengkaji penyebab kemiskinan, ketidakadaan modal kerja, dan kekurangan lapangan kerja, dengan adanya masalah tersebut maka perlu adanya perencanaan yang dapat mengembangkan zakat bersifat produktif tersebut.

Pengembangan zakat bersifat produktif dengan cara dijadikannya dana zakat sebagai modal usaha, untuk meningkatkan ekonomi penerimanya, dan supaya fakir miskin dapat menjalankan atau membiayai kehidupannya secara konsisten. Dengan dana zakat tersebut fakir miskin akan mendapatkan penghasilan tetap, meningkatkan usaha, mengembangkan usaha serta mereka dapat menyisihkan penghasilannya untuk menabung.

Dana zakat untuk kegiatan produktif akan lebih optimum bila dilaksanakan kerajaan (amil zakat yang ditunjuk kerajaan) kerana peranan dalam pengurusan zakat agar pemberatannya boleh dilakukan secara baik, benar, tepat sasaran, amanah untuk pengaplikasian, penggunaan, dan pengagihan dana zakat, mereka tidak hanya mengagih zakat begitu sahaja melainkan mereka mendampingi, memberikan pengarahan serta latihan agar dana zakat tersebut benar-benar dijadikan modal kerja sehingga penerima zakat tersebut memperoleh pendapatan yang layak dan mandiri.

1.2 Definisi Zakat

Ditinjau dari segi bahasa, menurut lisan orang arab, kata zakat merupakan kata dasar(masdar) dari zakat yang berarti suci, berkah, tumbuh, dan terpuji, yang semua arti ini digunakan di dalam menerjemahkan Al-Qur’an dan hadits. Ibrahim Anis (1972: 396), memberi makna menurut bahasa, bahawa kata zakat adalah bentuk masdar dari zaka yang mempunyai makna, iaitu berkat, suci dan baik.

Menurut al-Qardhawi (1997), dalam al-Quran terdapat 30 buah kata zakat, bahkan sebutannya bersamaan dengan solat diulang-ulang sebanyak 27 kali dalam satu ayat. Pengulangannya tersebut mengandungi maksud bahawa zakat mempunyai kedudukan, fungsi dan peranan yang sangat penting.

Sedangkan definisi menurut syarak bagi al-Syarbini (1940: 195) pula iaitu, nama bagi kadar tertentu dari harta benda tertentu yang wajib di berikan kepada golongan masyarakat tertentu.

Menurut Sayid Sabiq (t.t: 2), Suatu sebutan dari suatu hak Allah yang dikeluarkan seseorang untuk fakir miskin. Dinamakan zakat, kerana dengan mengeluarkan zakat itu di dalamnya terkandung harapan untuk memperoleh berkat, pembersihan jiwa dari sifat bakhil bagi orang kaya atau menghilangkan rasa iri hati oran-orang miskin dan memupuknya dengan berbagai kebajikan.

Menurut terminologi syariat (istilah), zakat adalah nama bagi sejumlah harta tertentu yang telah mencapai syarat tertentu yang diwajibkan oleh Allah untuk dikeluarkan dan diagihkan kepada yang berhak menerimanya dengan persyaratan tertentu pula.

Kaitan antara makna bahasa dan istilah ini berkaitan erat sekali, yaitu bahawa setiap harta yang sudah dikeluarkan zakatnya akan menjadi suci, bersih, baik, berkah, tumbuh dan berkembang. Dalam penggunaannya, selain untuk kekayaan, tumbuh dan suci disifatkan untuk jiwa orang yang menunaikan zakat. Maksudnya, zakat itu akan menyucikan orang yang mengeluarkannya dan menumbuhkan pahalanya. Sedangkan dalam istilah ekonomi, zakat merupakan suatu tindakan pemindahan harta kekayaan dari golongan kaya kepada golongan miskin.

Zakat produktif iaitu zakat yang diberikan kepada Mustahak sebagai modal untuk menjalankan suatu kegiatan ekonomi iaitu untuk menumbuhkan tingkat ekonomi dan potensi produktiviti Mustahak.

1.3 Fungsi dan Penerima zakat

Islam menekankan penubuhan sebuah masyarakat yang adil, berperikemanusiaan dan bersatu padu. Melindungi manusia dari kelaparan, menjamin keselamatan sosial dan menjaga maruah dan kehormatan insan merupakan elemen-elemen yang perlu dalam peraturan masyarakat yang adil dan berperikemanusiaan. Dengan meningkatkan produktiviti masyarakat, zakat menghilangkan rasa iri hati sesama ahli masyarakat dan seterusnya menghasilkan masyarakat Muslim yang aman dan bersatu-padu. (Jurnal Syariah, 2008).

Zakat diagihkan untuk membantu golongan yang miskin dan memerlukan bagi memenuhi keperluan asas mereka. Ia diagihkan untuk memenuhi pelbagai keperluan jangka pendek dan jangka panjang. Dan ia boleh diagihkan kepada golongan tertentu sahaja, sebagaimana dalam al-Quran:

Maksudnya:

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf Yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba Yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang Yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) Dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Tujuan zakat tidak sekadar menyantuni orang miskin secara konsumtif, tetapi mempunyai tujuan yang lebih permanen iaitu menghapus kemiskinan. Menurut al-Ghazali (1997), tujuan zakat ialah untuk menghapuskan kemiskinan dan kefakiran dan untuk melenyapkan fitnah dalam masyarakat. Dengan zakat dapat menenteramkan keadaan masyarakat setempat tanpa pertumpahan darah, perompakan atau penyamunan akibat perasaan kasih sayang dan ingin melindungi masyarakat di sekelilingnya. Ia menandakan kesyukuran di atas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada seseorang hamba. Zakat dapat melatih ahli keluarga untuk menghayati falsafah Melayu, tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima kepada mereka yang memerlukan.

Ibn Qayyim (1996) menulis bahawa fungsi zakat itu untuk membangunkan kualiti kebaikan, persaudaraan dan kebajikan. Atas alasan inilah kadar khusus zakat ditetapkan. Ia boleh mencapai tujuan ini dengan mudah tanpa menyebabkan sebarang keresahan.

1.4 PENGAGIHAN ZAKAT

Zakat diwajibkan atas setiap Muslim yang merdeka, yang memiliki satu nisab dari salah satu jenis harta yang dikeluarkannya. Menurut al-Zuhaily (1999) nisab ialah kadar yang ditentukan oleh syarak sebagai saiz mengenai kewajipan zakat.

Orang-orang atau asnaf yang berhak menerima agihan zakat telah diatur dalam ajaran syariat Islam, yakni delapan asnaf (golongan). Sekiranya kita tinjau dari sifat pelan ini, maka dapat terperinci sebagaimana berikut:

  1. Program meminimumkan kefakiran, merangkumi:

a)      Pemenuhan keperluan asa

b)      Pendidikan kemahiran

c)      Penciptaan lapangan kerja

  1. Program meminimumkan kemiskinan merangkumi:

a)      Anggaran bimbingan usaha

b)      Anggaran subsidi modal kerja bagi yang memiliki kemahiran dan alat produksi

c)      Pengembangan usaha dengan pemberian modal zakat

  1. Anggaran rutin organisasi untuk kehidupan yang layak bagi karyawan dan pegawai/amil zakat.
  2. Anggaran pendidikan dan dakwah untuk meningkatkan keimanan para mukalaf.
  3. Anggaran kemanusiaan untuk menghilangkan penjajahan, penindasan manusia oleh manusia, memerdekakan hamba dan menegakkan keadilan.
  4. Anggaran pembebasan dan menghilangkan eksploitasi ekonomi, pemerasan, ikatan ekonomi, dan hutang-hutang, menuju kemerdekaan ekonomi.
  5. Anggaran perbelanjaan agama dan negara, pengembangan ilmu dan teknologi untuk kemaslahatan awam (fisabilillah).
  6. Anggaran bagi ibnu sabil, kesulitan dalam perjalanan, menuntut ilmu (biasiswa) dan lain-lain program khusus, yang sangat memerlukan pemecahan mendesak.

1.5 Pentadbiran Zakat produktif

Ketika muzakki memberikan zakatnya kepada Lembaga Pengelola Zakat (LAZ), maka LAZ yang akan menginstitusikan dana zakat tersebut. Penginstitusiannya itu tergantung kepada kebijakan LPZ yang bersangkutan. Jadi sejauh mana peran LAZ saat ini dalam memaksimumkan harta zakat produktif, mengingat lapangan kerja yang begitu sempit, dan tingginya angka pengangguran, maka penginstitusiannya untuk peningkatan sektor riil dengan pemberdayaan ekonomi masyarakat diharapkan dapat membuka lapangan kerja baru serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan seterusnya jumlah penduduk miskin Indonesia dapat berkurang. Maka inilah yang sangat diharapkan oleh masyarakat Indonesia.

Menurut al-Qardhawi (1991: 567), menyatakan bahawa Negara Islam boleh membangun pabrik, perusahaan, PT dan sebagainya, kemudian dijadikan milik orang miskin seluruhnya atau sebahagiannya. Dengan demikian usaha yang dimiliki dapat menghasilkan keuntungan dan dapat membiayai seluruh keperluan mereka. Akan tetapi jangan diberikan hak menjual atau memindahkan hak miliknya kepada orang lain, sehingga menyerupai harta wakaf bagi mereka.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam akhbar Utusan Malaysia memberitahu bahawa terdapat 50,000 keluarga di Malaysia dikategorikan sebagai miskin tegar iaitu bersamaan dengan satu peratus daripada 26 juta rakyat Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 40,000 keluarga tinggal di luar bandar dan 10,000 keluarga lagi tinggal di bandar.

Namun, pengagihan zakat di kalangan asnaf terutamanya faqir dan miskin adalah lebih berbentuk sara diri dan kepenggunaan segera dan semasa. Hal ini menyebabkan matlamat pengagihan kekayaan secara seimbang tidak akan tercapai. Golongan faqir dan miskin akan selamanya menjadi fakir dan miskin dan hanya bergantung kepada zakat dan subsidi kerajaan.

Sudah tiba masanya kerajaan mengubah pendekatan yang lebih bijak agar golongan asnaf dapat memanfaatkan zakat dengan lebih efisien dan menghasilkan keuntungan. Semakin berkurangnya asnaf, khususnya fakir dan miskin, maka ini bermakna sistem zakat di tempat tersebut adalah sangat profesional. Kerajaan perlu menjalankan pelbagai usaha yang proaktif dalam menangani masalah kemiskinan dan meletakkan sasaran untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tegar.

Zakat yang diagihkan perlulah dijadikan modal sama ada dalam bentuk dana untuk memulakan perniagaan, pertanian dan sebagainya atau dalam bentuk saham syarikat, perusahaan dan sebagainya, maka cara seperti inilah yang sangat diinginkan dapat dijalankan oleh lembaga-lembaga zakat dalam menguruskan harta zakat.

Maka dengan ini diharapkan golongan fakir miskin yang menerima zakat ini, suatu masa nanti akan beroleh keuntungan dan manfaat dan tidak perlu lagi menerima zakat. Ini akan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara seterusnya pungutan zakat dapat diagihkan kepada fakir miskin lain pula yang lebih memerlukan. Sehubungan dengan itu zakat produktif akan lebih efektif jika pengolahannya tidak secara individual akan diserahkan kepada amil yang profesional.

Aspek penting yang harus dipercayakan dalam pentadbiran zakat adalah amil zakat, karena asnaf ini penentu berhasil tidaknya realisasi zakat. Amil zakat mengembangkan tugas yang luas meliputi tugas-tugas sebagai pemungut, pengagihan, koordinator, organisasi, motivasi, pengawasan dan evaluasi.  Berfungsinya amil zakat secara optimum dengan pengagihan zakat secara profesional dan profesional, mendapatkan hasil maksimal, efektif dan efisien serta terwujudnya cita-cita luhur kewajipan zakat.

Pengagihan zakat harus berpengaruh positif bagi mustahak, baik secara ekonomi mahupun sosial. Dari sisi ekonomi, mustahak dituntut benar-benar dapat mandiri dan hidup secara layak sedangkan dari sisi sosial, mustahak dituntut dapat hidup sejajar dengan masyarakat yang lain. Hal ini berati, zakat tidak hanya diagihkan untuk hal-hal yang konsumtif sahaja dan hanya bersifat charity tetapi lebih untuk kepentingan yang produktif dan bersifat adjektif.

Kelemahan utama orang miskin serta usaha kecil yang dikerjakannya sesungguhnya tidak semata-mata pada kurangnya permodalan, tetapi lebih pada sikap mental dan kesiapan pentadbiran usaha. untuk itu, zakat usaha produktif pada tahap awal harus mampu mendidik mustahak sehingga benar-benar siap untuk berubah. Kerana tidak mungkin kemiskinan itu dapat berubah kecuali dimulai dari perubahan mental si miskin itu sendiri. Inilah yang disebut peran pemberdayaan. Zakat yang dapat dihimpun dalam jangka panjang harus dapat memberdayakan mustahak sampai pada dataran pengembangan usaha. program-program yang bersifat konsumtif ini hanya berfungsi sebagai rangsangan dan berjangka pendek, sedangkan program pemberdayaan ini harus diutamakan. Makna pemberdayaan dalam erti yang luas ialah memandirikan mitra, sehingga mitra dalam hal ini mustahak tidak selamanya tergantung kepada amil.

Salah satu wujud konkrit dan upaya ini adalah dengan memberikan pinjaman modal usaha berupa pinjaman lunak tanpa bunga (qardul al-hasan) dan dana zakat yang terkumpul. Lembaga amil harus melakukan studi kelayakan terhadap mustahak sebelum modal diserahkan kepadanya, seperti penelitian tentang keadaan calon penerima modal, integritas moralnya, bidang yang patut diusahakan, dan berbagai aspek pendukung usaha produktif, serta mampu mengembalikan modal tersebut untuk digunakan oleh saudara sesamanya yang lain. Diharapkan para mustahak, dapat berubah menjadi muzakki.

Menurut Zulfahmi Bustami (2007) aplikasi secara maksimal pentadbiran dana zakat produktif ini, perlu ditempuh upaya lain; seperti pemberian modal tidak berbentuk wang kontan, tetapi dalam bentuk alat-alat produksi, mendirikan unit-unit usaha yang langsung di lembaga oleh amil zakat, dengan melibatkan para profesional di bidangnya masing-masing. Para fakir miskin di pekerjaan dalam usaha tersebut sambil belajar mengelola, dan diharapkan nantinya mereka yang langsung dan menangani unit-unit usaha tersebut.

Pengembangan zakat sebagai upaya-upaya produktif mutlak diperlukan, dan mesti dijalankan secara berkelanjutan. Kerana posisi zakat adalah alat untuk mencapai tujuan dalam mewujudkan keadilan sosial, menghapus kemiskinan, dan memberdayakan ekonomi umat Islam. Menegakkan keadilan sosial tersebut, diperlukan pemikiran dan penyelidikan yang mendalam untuk pengagihan zakat dengan cara-cara yang progresif, dan dinamis, sehingga berfungsi sebagai pelengkap jaring pengaman sosial, pilar dan pondasi yang memperkuat upaya membangun ekonomi rakyat secara lebih sistematis.

1.6 Instrumen Zakat Produktif

Berikut ini, kami tuliskan salah satu daripada instrumen zakat produktif. Perlu diingat bahawa instrumennya seperti mudarabah, murabahah dan qardu al-hasan bukan bersifat final kerana masih memungkinkan untuk dikembangkan selama masih berada dalam koridor ilmu ekonomi Islam. Akan tetapi, kami hanya menyebutkan instrumen mudarabah sahaja dengan asumsi bahawa instrumen inilah yang sering dipergunakan.

1.6.1 Mudarabah.

Mudarabah adalah bentuk kerja sama antara dua atau lebih pihak di mana pemilik modal (sahib amal) mempercayakan sejumlah modal kepada pengelola (mudharib) dengan suatu perjanjian di awal. Bentuk ini menegaskan kerja sama dengan kontribusi seratus persen modal dari pemilik modal dan keahlian dari pengelola.

Ulama fikah mendefinisikan mudarabah dengan: salah satu bentuk kerja sama ekonomi antara pemilik modal dengan orang lain yang ahli dalam perilaku bisnis di mana pemilik modal menyerahkan modalnya kepada pekerja untuk diperdagangkan dan keuntungan dibahagi menurut kesepakatan bersama sedangkan kerugiannya ditanggung oleh pemilik modal, selama kerugian itu bukan atas kelalaian pekerja. Seandainya kerugian itu akibat kecurangan atau kelalaian pekerja maka kerugian ditanggung pekerja (Ahmad Syarbasi, 1987).

Transaksi jenis ini tidak mewajibkan adanya wakil dari sahib maal dalam pengurusan projek. Sebagai orang kepercayaan, mudarib harus bertindak hati-hati dan bertanggung jawab atas kerugian yang terjadi akibat kelalaian dan tujuan penggunaan modal untuk usaha halal. Sedangkan, sahib maal diharapkan untuk mengelola modal dengan cara tertentu untuk menciptakan laba yang optimum.

1.6.2  Landasan syariah

Akad mudarabah ini dibenarkan dalam syariah kerana bertujuan untuk saling membantu antara pemilik modal dan pengelola. Alasan yang dikemukakan ulama tentang bolehnya bentuk kerjasama ini adalah:

Maksudnya:

…dan Yang lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah…

رَوَى ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ: كَانَ سَيِّدُنَا الْعَبَّاسُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ إِذَا دَفَعَ الْمَالَ مُضَارَبَةً اشْتَرَطَ عَلَى صَاحِبِهِ أَن لاَ يَسْلَكَ بِهِ بَحْرًا وَلاَ يَنْزِلُ بِهِ وَادِيًا وَلاَ يَشْتَرِى بِهِ دَابَّةً ذَاتَ كِبَدٍ رَطَبَةٍ فَإِن فَعَلَ ذَلِكَ ضُمِنَ فَبَلَغَ شُرُوطَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَجَازَهُ. رواه الطبرانى.

Maksudnya:

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Sayidina Abbas bin Abd al-Muttalib jika memberikan dana kepada mitra usahanya secara mudarabah, ia mensyaratkan agar dananya tidak dibawa mengharungi lautan, menuruni lembah yang berbahaya dan tidak boleh untuk membeli ternak yang kurus, maka jika ia lakukan demikian, dia mesti bertanggungjawab terhadap dana tersebut, pensyaratan sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka nabi membolehkannya. HR Tabrani. (Abu Ubayd (t.t): 458).

Aplikasinya dalam zakat produktif adalah amil bertindak sebagai pemilik modal (sahib maal) sedangkan mustahak sebagai pengelola (mudharib). Amil memberikan harta kepada mustahak untuk digunakan sebagai modal dalam sesuatu usaha. Jika ada pensyaratan tertentu dalam akad mudarabah, seperti jenis usaha, lokasi, tujuan usaha, dan sebagainya maka disebut dengan mudarabah muqayyadah. Namun jika tidak ada pensyaratan tersebut maka disebut dengan mudarabah mutlak.

Sistem ini dikenal dengan sistem bagi hasil dan bagi rugi. Oleh itu kedua belah pihak harus memiliki kesepakatan tentang berapa persen keuntungan usaha. Misalnya 20 % untuk amil dan 80 % untuk mustahak. Keuntungan tersebut harus dimasukkan dalam kas amil dan dapat disalurkan semula kepada mustahak lain. Akan tetapi jika usaha tersebut mengalami kerugian, maka hal itu akan ditanggung bersama. Ertinya pihak amil tidak boleh menuntut harta apa pun termasuk modal, dari mustahak yang mengalami kerugian dalam usahanya.

1.7   Kesimpulan

Masih terdapat umat Islam pada masa kini yang tidak mengambil berat atau tidak tahu mengenai kepentingan ibadat zakat ini. Sesetengah umat Islam hanya tahu mengenai zakat fitrah yang wajib dibayar ketika bulan Ramadan sahaja. Selain itu, ada juga mengambil berat soal sembahyang, puasa dan menunaikan ibadat haji namun penghayatannya tidak sama terhadap ibadat zakat. Justeru, ini memerlukan suatu institusi yang kemas lagi teratur dalam usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai zakat, di samping mengutip dan mengagih wang zakat berkenaan.

Zakat sepatutnya menjadi teras kepada sistem ekonomi ummah. Ini kerana, matlamatnya yang dapat diterima oleh semua, iaitu pembangunan insan dan pembasmian kemiskinan secara holistik. Selain itu, prinsip dan falsafahnya yang bersifat global, mampu melangkaui setiap isu dan persoalan secara makro dan mikro. Cuma yang mungkin berbeza adalah dari segi cara pengurusan dan pelaksanaan di negara dan negeri masing-masing. Apa yang penting ialah semua pihak mestilah menggerakkan usaha bersepadu dalam memberikan sumbangan positif ke arah pemantapan sistem zakat di negara ini khususnya dan di seluruh negara Islam umumnya. Segala cadangan yang baik dan bernas sewajarnya dikaji dan dipertimbangkan oleh institusi zakat agar dapat memperkasa peranannya dalam mendepani cabaran mendatang.

BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim (quran word)

Ibrahim Anis (1972: 396),

Abu Ubayd al-Qasim bin sallam (t.t), al-Amwal.

Ahmad Muhammad al-Assal, al-Nidzam al-‘Iqtisad fi al-Islam mabadiuhu wa ahdafuhu ( sistim  Ekonomi Islam Prinsip dan Tujuan ) terj. H. Abu Ahmadi dkk. Surabaya, Pt Bina Ilmu, 1980, h 11.

Yusuf al-Qardhawi (1991), Fiqh Zakat. Beirut: Muassasah al-Risalah, cet. xx.

Ahmad Syarbasi (1987), al-mu’jam al-iqtisad al-islami. Beirut: Dar alam al-kutub.

http://target-j08.blogspot.com/2007/11/zakat-produktif-solusi-pengurangan.html. 28/08/09.

http://id.wikipedia.org/wiki/Mudharabah, 28/08/09.

Sayyid Sabiq (t.t): Fiqh al-Sunnah, Kuawit: Dar al-Bayan.

Fatmawati Hj Ibrahim, dalam Jurnal Syariah jil 16, bil 2 (2008), Pembangunan Ekonomi melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal, h.225-226.

Abdurrachman Qadir (2001). Zakat (Dalam Dimensi Mahdah dan Sosial), ed. 1, cet. 2. (Jakarta: RajaGrafindo Persada), hlm. 24.

Dikutip dalam Mila Sartika (2008), Pengaruh Pendayagunaan Zakat Produktif terhadap Pemberdayaan Mustahak pada LAZ Yayasan Solo Peduli Surakarta. Jurnal Ekonomi Islam, Vol. II, No. 1, Juli, h. 75.

Ahmad M. Saefuddin (1987). Ekonomi dan Masyarakat dalam Perspektif Islam, ed.1 cet.1. (Jakarta: CV Rajawali), hlm. 71.

Mustafa Edwin Nasution, Budi Setyanto et al (2006), Pengenalan Eksklusif Ekonomi Islam. c. 1. Jakarta: Kencana Prenada Media Group, h. 46.

Patmawati Hj Ibrahim (2008), Pembangunan ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal, Jurnal Syariah, Jil. 16, Bil. 2, h. 224.

Habib Ahmed (2004), Zakah, Macroeconomic Policies, and Poverty Alleviation: Lesson from Simulation on Bangladesh. Journal of Islamic Economic, Banking and Finance, Durham University (2004), h. 89.

Muhammad Ridwan (2005). Manajemen Baitul Maal Wa Tamwil(BMT), cet 2. (Yogyakarta: UII Press), hlm. 189-190.

Mohammad Daud Ali (1988). Sistem Ekonomi Islam Zakat dan Wakaf, cet. 1. (Jakarta: UI Press), hlm. 52-53.

Muhammad dan Ridwan Mas’ud (2005). Zakat dan Kemiskinan Instrumen Pemberdayaan Ekonomi Umat. (Yogyakarta: UII Press), hlm. 33-34.

K. H. Didin Hafidhhuddin (2002) dalam buku, Zakat Dalam Perekonomian Modern. (Jakarta: Gema Insani), hlm. 7.

Muhammad dan Ridwan Mas’ud. Zakat., hlm. 34

Muhammad al-Sayyid Yusuf (2008), Tafsir Ekonomi Islam Konsep Ekonomi al-Qur’an. Murtadho Ridwan (terj.), c. 1. Thailand: Bin Halabi Press, h. 173.

Abduracchman Qadir (2001). Zakat., hlm. 165.

Mohd Redzwan Bin Abdul Mutalib, Mohd Hasbi Bin Mohd Yunus, Sulaiman Shakib Bin Mohd Noor (2008) dalam kitab, Ihya’ Ulumuddin. Susunan Sheikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasyqi, Klang Book Centre, Klang, Selangor.

Joni Tamkin Bin Borhan (2007) dalam kitab, I`lam al-Muwaqqi`in `an Rabb al-`Alamin, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Vol. 3, h. 195.

Muhammad al-Sayyid Yusuf (2008), Tafsir Ekonomi Islam Konsep Ekonomi al-Qur’an. h. 171.

AM Saefuddin (1997), Ekonomi dan Masyarakat Dalam Perspektif Islam, Jakarta: Rajawali Press, h. 116.

Zulfami Bustami (2007), Implikasi Positifikasi Hukum Zakat Dalam Pemberdayaan Ekonomi Kerakyatan. Hukum Islam, Vol. VIII, No. 6, Des.

*Penulis adalah Mahasiswa Program Master pada Jabatan Ekonomi dan Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya – Kuala Lumpur dan Wakil Sekretaris DPW BKPRMI Aceh

About these ads

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Awan Tag

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 166 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: